Sesungguhnya kita amat beruntung tinggal di bumi Malaysia yang amat prihatin terhadap rakyat bukan sahaja kepada satu kaum malahan semua kaum tenpa mengira etnik dan latar belakang.Ditambahkan lagi baru-baru ini kerajaan telah peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah.
Sesuai dengan Piagam pelanggan bagi Jabatan Kebajikan Malaysia iaitu,”Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasi bagi kumpulan sasar salah satunya rakyat yang kurang bernasib baik”.
Di sabah sahaja menurut statistik penerima skim Bantuan Am sehingga september 2009 sahaja seramai 13,393 orang dengan kadar bantuan minimun sebanyak rm 150 dan maksimum rm 300 sbulan.Hal sebaliknya berlaku di Jabatan kebajikan Daerah Kunak ini di mana telah banyak aduan telah diterima dan mereka datang sendiri ke pejabat Perkhimatan Parlimen Kawasan Kunak.
Setelah diteliti,aduan yang diterima adalah sama di mana rata-rata menerima bantuan mengadu mengenai kelewatan penerimaan wang bantuan tersebut dimana setiap bulan bantuan tersebut akan diberikan.Dalam pada itu juga jumlah wang yang diterima kadang tidak menentu sedangkan kerajaan telah menetapkan jumlah wang yang harus diterima oleh penerima skim bantuan am ini.Hal ini seringkali berlaku.Mengapakah ini yang terjadi?
Dalam pada itu juga,rata-rata pegawai yang bertugas di jabatan kebajikan di daerah kunak ini memberikan layan yang kurang menyenangkan dan kurang sopan kepada orang yang lebih tua dari mereka.Mereka langsung tidak menghormati warga tua yang setiap kali berkunjung ke pejabat kebajikan Di Daerah Kunak ini.
Aduan lain yang diterima adalah,apabila tiba tarikh penerimaan bantuan tersebut.menurut salah satu penerima bantuan tersebut, menyatakan ada di antara pegawai-pegawai yang suka mengambil kesempatan terhadap salah satu penerima dengan meminta sejumlah wang dengan alasan mempercepatkan urusan penerimaan tersebut.selain daripada itu juga ada juga alasan-alasan lain.Apakah kita perlu membiarkan perkara ini akan berterusan di masa-masa akan datang?
Buat masa ini,hal ini masih lagi dalam penelitian sekaligus mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai kebiadapan sebahagian pegawai-pegawai yang ditugaskan di Jabatan kebajikan di Daerah Kunak ini.Perkara ini tidak boleh di pandang remah kerana ianya akan mencemarkan nama Jabatan kebajikan Malaysia itu sendiri kerana mempunyai Pegawai kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri.
Perbincangan
Buka komentar bagi kiriman ini
Buka jejak balik dan ping balik untuk kiriman ini